• Selamat Tinggal Paint

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+


    SELEPAS 32 tahun, syarikat perisian komputer Microsoft akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan program grafik Microsoft Paint dalam perisian Microsoft 10.

    Paint telah menjadi sebahagian dari Windows sejak mula diperkenalkan pada 1985 dan dikenali dengan penggunaannya yang mudah dan penghasilan seni yang asas.

    Bagaimanapun 'anak’ Paint, Paint 3D masih akan diteruskan.

    Senarai itu dikeluarkan sebagai sebahagian dari Windows 10 Fall Creators Update, yang akan dikeluarkan pada musim bunga.

    Microsoft berkata aplikasi di dalam senarai itu akan dibuang dari Windows 10 atau “tidak akan dihasilkan lagi dan mungkin akan dibuang pada keluaran akan datang”.

    Program lain yang akan dibuang termasuk Outlook Express email klien, yang telah diganti dengan aplikasi bina dalam Mail, serta aplikasi Reader, yang akan dimasukkan ke dalam Microsoft Edge.

    Ramai pengguna laman sosial telah meluahkan rasa kecewa mereka dengan berita itu dan ramai telah menulis mesej ‘Selamat Tinggal’ di Twitter.

    Pengguna Youtube, Chaotic telah menggambarkan Paint sebagai ‘program paling menakjubkan yang pernah wujud’.

    Artis seni yang dikenali sebagai Jim’ill Paint It menggunakan program itu untuk mencipta karya seni yang bertema ganjil, yang diminta oleh orang ramai.

    Beliau mempunyai hampir 700,000 pengikut di Facebook.

    “Paint tidak sehebat dulu sejak mereka mengubahnya. Saya menggunakan Windows XP di mesin virtual kerana ia adalah Windows terbaik,” tulisnya di Twitter.

    “Mereka sepatutnya mengeluarkan sahaja program itu dan menukarnya menjadi hak awam,” tulis pencipta permainan video Mike Dailly, pencipta Lemmings dan Grand Theft Auto. - BBC

    Subjects:

  • No Comment to " Selamat Tinggal Paint "