• Sekeluarga Diheret Keluar, Rumah Diroboh

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    Tujuh sekeluarga ditangkap dan diikat sebelum rumah mereka dirobohkan oleh samseng selepas keluarga itu enggan menerima pampasan ditawarkan pihak berkuasa tempatan wilayah Shaanxi, China, yang mahu mengambil tanah mereka untuk projek pembangunan.

    Menurut Daily Mail yang memetik laporan laporan DW News yang turut menyiarkan video kejadian itu, jabatan propaganda pihak berkuasa wilayah itu menyatakan rumah keluarga terbabit adalah sebahagian daripada projek pembangunan.

    Rakaman video kejadian pada 1 Julai lalu, menunjukkan sekurang-kurangnya tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak terbaring di atas tanah di perkampungan Qianfeng, daerah Xixiang, Hanzhong.

    Seorang lelaki ditutup mulutnya menggunakan pita pelekat manakala seorang lagi lelaki diikat tubuhnya hingga tidak boleh bergerak.

    Menantu keluarga Wu itu yang mahu dikenali sebagai Li, berkata sekumpulan lelaki yang mengheret keluar keluarganya iaitu lima orang dewasa dan tiga kanak-kanak, juga memecahkan telefon mereka.

    Menurut DW News, kerajaan menawarkan apartmen lengkap berperabot sebagai ganti kepada keluarga Wu serta pampasan 96,000 yuan (RM61,000).

    Namun, keluarga Wu meminta lima rumah kedai, empat rumah mampu milik, empat tempat letak kereta dan pampasan 1.2 juta yuan (RM758,199).

    Kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dan menurut DW News, pihak berkuasa tempatan menafikan bertanggungjawab kejadian serangan terhadap keluarga Wu itu.

    Kenyataan pihak berkuasa tempatan melalui Weibo (Twitter versi China) menyatakan ia menyediakan rumah, pakaian dan makanan kepada keluarga Wu selepas serangan itu dan polis sedang menyiasat.

    Hampir 223,000 komen di internet mengenai kejadian itu dengan seorang pengguna, 'd_dpoing' menulis: “Ia jelas rasuah antara pemaju dengan kerajaan.

    “Sanggup mereka melakukan begitu kepada kanak-kanak.”-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Sekeluarga Diheret Keluar, Rumah Diroboh "