• Sasar Luluskan Pinjaman RM2.5b Tahun Ini

    Published: Friday, 7 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: SME Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) yakin dapat mencapai sasaran meluluskan pinjaman bernilai lebih RM2.5 bilion tahun ini, dipacu oleh siri-siri programnya yang menggalakkan orang ramai menjadi usahawan.

    Ketua Pegawai Operasi, Datuk Razman Mohd Nor, berkata setakat Jun tahun ini, bank sudah meluluskan pinjaman bernilai RM1.2 bilion, terutama bagi industri pembinaan, pengilangan dan perkhidmatan.

    "Kita mempunyai pelbagai pasaran, kecil dan sederhana, dan kita sedang menjalankan beberapa program bagi industri-industri tertentu dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan, terutamanya dari golongan Bumiputera.

    "Kita juga mempunyai sebuah program yang dikhususkan untuk melahirkan usahawan dalam bidang digital dan IT, iaitu BID-IT (Perniagaan Dalam Digital-Teknologi Maklumat)," katanya.

    Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

    Sementara itu, pertandingan program "Cabaran Perniagaan 90-Hari" pada tahun ini disertai oleh 87 kolej komuniti dari seluruh negara, peningkatan sebanyak 93 peratus berbanding 2015.

    Bagi memastikan objektif pertandingan dicapai, SME Bank telah menambah baik pelaksanaan program itu dan ia termasuk menjalankan sesi taklimat keusahawanan bagi semua peserta dan mengadakan bootcamp khusus bagi 20 finalis untuk meningkatkan projek perniagaan mereka. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Sasar Luluskan Pinjaman RM2.5b Tahun Ini "