• Sarawak Tekad Tangguh Cukai Pelancongan

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Hasil perbincangan  bersama dengan kementerian dari negeri jiran, Sarawak dan Sabah telah bersetuju untuk menangguhan pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dijadualkan bermula 1 Julai 2017 yang lalu.

    Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, awal tahun depan merupakan masa yang sesuai untuk memulakan pelaksanaan cukai tersebut.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata tarikh pelaksanaan yang diumumkan sebelum ini tidak sesuai kerana terlalu singkat dan tidak adil kepada pemain industri pelancongan namun Abdul karim tidak mendedahkan tarikh sebenar pelaksanaannya.

    "Kami ada mohon supaya cukai dilaksana pada tarikh yang dipilih, kami juga mempunyai sebab kenapa tarikh itu dipilih tetapi biarlah perkara ini kita bentang kepada Ketua Menteri dahulu.

    "Kami mengambil serius isu Cukai Pelancongan kerana ia melibatkan banyak pihak," jelas beliau ketika menghadiri Majlis Ulang Tahun Ke-137 Fort Margherita dan sambutan Ngabang Raya di sini, malam tadi.

    Abdul Karim turut menjelaskan bahawa beliau ada berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi semasa lawatannya berhubung isu tersebut dan beliau berharap ia akan berakhir dengan pulangan hasil yang baik serta memberi manfaat kepada semua pihak. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Tekad Tangguh Cukai Pelancongan "