• Sarawak Sedia Hadapi Jerebu - Uggah

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+


    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri sedang meneliti untuk meningkatkan keupayaannya mencegah kebakaran tanah gambut yang menyebabkan jerebu di Kuala Baram.

    Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata ini kerana musim kering dijangka bermula bulan ini dan keutamaan ialah bertindak pantas apabila ada kebakaran.

    "Strategi utama kami ialah mencegah kebakaran tanah gambut di Kuala Baram daripada mencapai tahap kritikal," katanya kepada pemberita selepas melawat Menara Tinjau Tudan, di sini hari ini.

    Uggah berkata antara strategi tambahan yang juga dipertimbangkan ialah meletakkan petugas di Menara Tinjau Tudan bagi meningkatkan keberkesanan pengawasan kebakaran tanah gambut Kuala Baram.

    ?Ini sebahagian sistem amaran awal kebakaran agar asap dan api dapat dikesan secepat mungkin,? katanya menambah isu tersebut akan dibincang dengan agensi dan jabatan kerajaan berkaitan sebelum keputusan akhir dibuat.

    -- BERNAMA
  • No Comment to " Sarawak Sedia Hadapi Jerebu - Uggah "