• Sarawak Report, Buat Laporan Jika ada bukti

    Published: Saturday, 8 July 2017
    A- A+



    KUALA LUMPUR - Portal Sarawak Report perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan perdana menteri menyerahkan RM7 juta kepada seorang pegawai risikan pada 8 April 2013.

    Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pelbagai tohmahan yang dilakukan portal itu hanya dakwaan semata-mata tanpa bukti kukuh.

    "Kalau ia betul ada bukti, buatlah laporan. Tapi masalah mereka ini selalu buat tohmahan tapi tidak ada bukti kukuh.

    "Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah. Mereka hanya buat dakwaan dan akhirnya kita sendiri pun keliru apa yang mereka akan lakukan akhirnya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Cheras, hari ini.

    Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan seorang pegawai kanan risikan negara menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak.

    Katanya, polis tidak akan menyiasat dakwaan berkenaan kerana ia hanya boleh dilakukan berdasarkan kepada arahan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Report, Buat Laporan Jika ada bukti "