• Sarawak Mahu Latih Belia Jadi Operator Jentera Berat - Menteri Muda

    Published: Sunday, 9 July 2017
    A- A+



    SARIKEI : Sarawak mahu melatih lebih ramai golongan belia untuk menjadi operator jentera berat pada tahun depan.

    Menteri Muda Pembangunan Modal Insan dan Latihan Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, kemahiran mengendali jentera itu dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka seterusnya meningkatkan tahap ekonomi mereka.

    Menurut beliau, perbincangan dengan pembekal-pembekal jentera berat di negeri ini untuk menentukan latihan yang akan ditawarkan.

    "Ini adalah pendekatan kita untuk membantu anak-anak muda mendapatkan lesen supaya boleh digunakan untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka,"katanya semasa penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Selalang 2017 di Dewan Masyarakat Kampung Selalang hari ini.

    Beliau berkata, mereka yang memiliki lesen mengendali jentera berat mampu memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM50 sejam.

    Terdahulu, beliau memuji langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menganjurkan program SKSJ bagi membantu rakyat luar bandar mendapatkan lesen memandu dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

    Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Malaysia, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, Anggota Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman dan Pengarah JPJ Sarawak Mohamad Syafiq Anas Abdullah.

    -- BERNAMA
  • No Comment to " Sarawak Mahu Latih Belia Jadi Operator Jentera Berat - Menteri Muda "