• Sarawak Mahu Lahirkan 'Lin Dan' Versi Tempatan

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah optimis dengan rancangan Persatuan Badminton Sarawak melahirkan pemain tempatan untuk mewakili Malaysia ke temasya Sukan Olimpik.

    Menurutnya, usaha persatuan tersebut membangunkan Program Pembangunan Badminton Sarawak terutama dengan perancangan mewujudkan akademi badminton sendiri dilihat sebagai langkah terbaik melahirkan pemain bertaraf dunia.

    "Ia bukan impian yang tidak mampu dicapai untuk melihat anak Sarawak bertanding dalam Sukan Olimpik," katanya.

    Karim menjelaskan, Sarawak sebenarnya sudah melahirkan ramai atlet yang bertanding pada Sukan Olimpik merangkumi Pandelela Rinong, Bryan Nickson Lomas dan Trasy Vivien Tukiet.

    Dalam perkembangan berkaitan beliau turut memuji Persatuan Badminton Sarawak yang menjalinkan kerjasama dengan Difon-Jooyyoume Badminton Training dan Academy yang berpengkalan di Xiamen, China untuk membangunkan sukan badminton.

    "Kita sedia maklum China merupakan kuasa badminton dunia selain melahirkan ramai pemain terkemuka seperti Lin Dan dan Chen Long.

    "Jadi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU antara kedua-dua pihak hari ini merupakan peristiwa penting bagi mengetengahkan lebih ramai bakat tempatan ke pesada dunia," ujarnya.

    Sehubungan itu, Karim menggalakkan persatuan sukan di negeri ini untuk menjalnkan kerjasama dengan persatuan sukan luar negara.

    "Memang tidak dinafikan sukar untuk persatuan sukan luar negara datang ke sini namun jika kita dapat menarik minat sudah pasti mereka mahu bekerjasama," jelasnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Mahu Lahirkan 'Lin Dan' Versi Tempatan "