• Sangkakan Anak Kucing,Bapa Meraung Lepas Terlanggar Anak Sendiri

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    “Ingatkan batu atau anak kucing, sekali bila periksa, Ya, Allah rupa-rupanya anak saya sendiri. Saya tak tahu nak buat apa."

    Demikian luahan yang cukup menyayat hati buat seorang bapa selepas terlanggar anaknya sendiri yang berusia setahun lapan bulan sewaktu memakir keretanya di rumah pada kira-kira jam 9 malam kelmarin.

    Memetik laporan Malay Mail Online, selain menjelaskan tidak sedar anaknya Dhia Ammara mengekorinya keluar dari rumah, Shamsul Sahizam Husein penuh kesedihan berkata dia nampak Dhia Ammara sedang bermain dengan sepupunya di depan televisyen ketika mahu memakir kereta yang berada depan rumah.

    “Saya terduduk, meraung sambil peluk anak. Jiran datang dan tolong pandu kereta ke Hospital Jengka, tapi kata doktor anak saya kritikal dan dihantar ke Hopital Sultan Haji Ahmad Shah."

    Tambah Shamsul, anaknya meninggal dunia kira-kira jam 11 malam akibat cedera di tempurung kepala.

    Akibat kejadian itu, isterinya Norfaradiana Mohd Deli, 22, kerap pengsan dan menangis manakala ibunya dibimbangi diserang sakit jantung kerana kerap sesak nafas.-Forum.Cari

    Subjects:

  • No Comment to " Sangkakan Anak Kucing,Bapa Meraung Lepas Terlanggar Anak Sendiri "