• Sanggup Pinjam Ah Long Sebab Nak Beli iPhone

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    SHANXI, CHINA: Seorang pelajar universiti di Xian sanggup berhutang 12,000 yuan (RM7,573) dengan ah long semata-mata untuk iPhone 6S Plus.

    Menurut laporan South China Morning Post, pelajar berkenaan juga meminjam dari ah long lain untuk membayar hutang ah long yang pertama.

    "Saya sangat mahukan telefon itu. Saya terpengaruh dengan pelajar lain," kata pelajar berkenaan dipetik laporan berita Shaanxi, semalam.

    Disebabkan tersepit dengan hutang ah long yang mencecah ratusan ribu yuan kini, mangsa mendakwa pernah cuba membunuh diri.

    Ayah mangsa, seorang petani dari Xianyang pernah menjumpai anaknya tidak sedarkan diri bersama botol ubat tidur.

    Keluarga mangsa kini cuba mendapatkan hubungan peguam untuk menyelesaikan perkara tersebut di mahkamah.

    Di bawah undang-undang di China, bunga (interest) pinjaman yang melebihi 24 peratus adalah dilarang.

    Mereka yang menghadapi masalah pinjaman ah long dibenarkan mendapatkan keadilan di mahkamah, malah mendapatkan kembali sebahagian bayaran yang telah dibuat.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Sanggup Pinjam Ah Long Sebab Nak Beli iPhone "