• Sampel Anjing 8 Daerah Negatif Rabies

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    KUCHING – Sampel anjing yang dihantar dari lapan daerah di negeri ini untuk pemeriksaan di Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) didapati negatif.

    Dalam kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata sampel itu dihantar ke VRI yang terletak di Ipoh, Perak untuk memastikan sama ada terdapat virus rabies atau penyakit anjing gila.

    “Pada 28 Julai sampel anjing dari Daerah Kuching, Serian, Bau dan Lundu dihantar ke VRI, keputusan mendapati sampel berkenaan didapati negatif.

    “Begitu juga sampel anjing dari Daerah Kuching, Serian, Samarahan dan Sarikei yang dihantar pada 29 Julai, juga didapati negatif,” katanya di sini hari ini.

    Sementara itu, JPBN Sarawak berkata sebanyak 701 ekor anjing divaksin pada operasi yang diadakan di Dewan Suarah Bau dan Kampung Serikin hari ini.

    “Secara keseluruhan bilangan haiwan yang divaksin sehingga hari ini 23,285 ekor melibatkan anjing (15,645 ekor); kucing (7,595 ekor) dan lain-lain haiwan 45 ekor,” katanya. – BERNAMA

  • No Comment to " Sampel Anjing 8 Daerah Negatif Rabies "