• Saham AS Jatuh Lebih Rendah

    Published: Friday, 7 July 2017
    A- A+

    NEW YORK: Saham Amerika Syarikat jatuh lebih rendah semalam selepas data pasaran pekerja yang mengecewakan selain isu Rizab Persekutuan dan peningkatan ketegangan di Korea Utara yang memberikan tekanan tambahan.

    Laporan Pekerjaan Kebangsaan ADP menunjukkan syarikat swasta menambah 158,000 pekerjaan pada Jun berada di bawah sasaran dianggar 185,000 pekerjaan.

    Dow Jones Industrial Average turun 158.13 mata atau 0.74 peratus kepada 21,320.04 manakala S&P 500 jatuh 22.79 mata atau 0.94 peratus kepada 2,409.75.

    Nasdaq Composite turun 61.39 mata atau satu peratus kepada 6,089.46.

    Penurunan itu menandakan penurunan peratusan terbesar untuk S&P 500 sejak 17 Mei. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Saham AS Jatuh Lebih Rendah "