• Rumah Sewa Atau Sarang Maksiat?

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Rumah sewa atau sarang maksiat? Itu persoalan timbul ketika sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menyerbu sebuah rumah kedai di Taman Usahawan, Kepong, kelmarin.

    Serbuan diketuai Ketua Unit Risikan dan Operasi JIM, Mohd Shahrulnizam Ismail, mulanya menyangka premis itu adalah rumah kedai biasa yang menempatkan pekerja asing.

    Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di dalam rumah kedai yang mempunyai empat bilik di tingkat bawah dan atas itu membongkar kegiatan maksiat di sebaliknya.

    Ketika pemeriksaan dijalankan ke atas sembilan individu, pihak JIM mengesan salah seorang daripadanya ‘ibu ayam’ yang menjaga tujuh wanita warga asing.

    Risikan mendapati, salah satu bilik di rumah itu dijadikan penempatan semua wanita warga asing dari Indonesia dan Vietnam sementara selebihnya digunakan untuk memuaskan nafsu lelaki hidung belang.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Rumah Sewa Atau Sarang Maksiat? "