• Rumah Datuk Seri Dibaling 3 Bom Molotov

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    Rumah ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dibaling tiga bom molotov di Taman Ping Wah, Nibong Tebal, 11 pagi, hari ini.

    Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas terdengar bunyi letupan di luar rumahnya.

    Sejurus kejadian mangsa keluar memeriksa kejadian sebelum melihat dinding rumahnya dibaling bom molotov.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, kejadian itu mengakibatkan bahagian atas kabinet kasut rumah mangsa terbakar.

    Katanya, beberapa pekerja mangsa kemudian berjaya memadamkan kebakaran.

    "Kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa merakam aksi dua suspek lelaki yang menaiki motosikal berhenti di hadapan rumah mangsa.

    "Seorang daripada mereka kemudian menyalakan sumbu bom sebelum membalingnya ke dalam rumah mangsa," katanya.

    Menurutnya, kerugian dianggarkan RM1,000.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Rumah Datuk Seri Dibaling 3 Bom Molotov "