• Rompak Pakai Topeng Donald Trump

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+

    ROME: Dua beradik ditahan selepas cuba merompak puluhan mesin pengeluaran wang (ATM) sambil memakai topeng Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Turin, Itali utara.

    Perbuatan mereka itu tidak ubah seperti filem 1991, Point Break lakonan Keanu Reeves dan Patrick Swayze, yang melihat sekumpulan perompak memakai topeng bekas presiden AS ketika merompak bank.

    Bagaimanapun, polis berkata, dua beradik berusia 26 dan 30 tahun itu sebenarnya diinspirasikan filem 1997, The Jackal lakonan Bruce Willis yang mengubah warna keretanya ketika dikejar polis.

    Menurut polis, dua beradik terbabit menukar warna kereta daripada putih kepada hitam ketika dikejar polis.

    Rakaman kamera keselamatan (CCTV) menunjukkan seorang suspek bertopeng Trump menutup kamera di lobi sebuah bank dan meletakkan letupan di dalam mesin ATM.

    Dia menyalakan fius dan menyorok sebelum letupan berlaku. - Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Rompak Pakai Topeng Donald Trump "