• Rokok Seludup Guna Laluan Udara RM1.08 Juta Dirampas

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+


    SEPANG:  Satu percubaan menyeludup rokok terbesar melalui laluan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya ditumpaskan Jumaat lalu dengan rampasan 2.14 juta batang rokok dengan nilai duti sebanyak RM1.08 juta.

    Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Zulkifli Yahya, rampasan dibuat selepas pihaknya menahan sebuah lori di hadapan Pejabat Pos Malaysia International Hub di sini yang telah membuat pengikraran di Bahagian Pemeriksaan Kargo Import.


    “Hasil siasatan pemeriksaan ke atas lori tersebut menemui sejumlah rokok yang disyaki belum lulus kastam. Siasatan awal menunjukkan dokumen yang dibawa oleh orang yang disyaki adalah berlainan dari dagangan yang ditahan.

    “Rokok yang ditahan tersebut telah tiba melalui penerbangan dari Phnom Penh, Kemboja. Barang tersebut diikrar sebagai Consol (barangan pelbagai) dan alamat yang digunakan adalah palsu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    Beliau memberitahu, pihaknya telah menahan pemandu lori berkenaan yang berusia 49 tahun dan dua lagi lelaki masing-masing berusia 38 tahun dan 43 tahun yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan itu. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Rokok Seludup Guna Laluan Udara RM1.08 Juta Dirampas "