• RM5.88 bilion untuk PKS - PM

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata dana bernilai RM5.88 bilion diperuntukkan tahun ini untuk 167 program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

    Perdana Menteri berkata, program itu sedang dilaksanakan oleh 16 kementerian dan 60 agensi.

    Katanya, ia sejajar usaha kerajaan meningkatkan sumbangan PKS kepada negara bertepatan 2017 tahun 'Mempromosikan Pembangunan PKS dan Permulaan Perniagaan'.

    Beliau berkata, hasil utama Kaji Selidik PKS bagi Suku Pertama tahun ini menunjukkan prestasi perniagaan PKS bertambah baik.

    "Saya yakin matlamat jangka panjang dan hala tuju Pelan Induk PKS untuk mempergiatkan pertumbuhan PKS ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 mampu direalisasikan.

    "Bagi tempoh 2007-2016, PKS mencatatkan pertumbuhan tahunan purata sebanyak 5.4 peratus lebih tinggi daripada pertumbuhan tahunan purata ekonomi keseluruhan iaitu 4.2 peratus," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK), di sini hari ini.

    Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

    Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan Minggu PKS Kebangsaan Ke-6 pada 25 Jun hingga 1 Julai 2018. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " RM5.88 bilion untuk PKS - PM "