• Rita Rudaini Gertak Saman Blog Jika Tak Mohon Maaf

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    Terlajak perahu boleh diundur, terlajak post haa makanlah saman… Begitulah yang menimpa nasib salah sebuah laman blog hiburan setelah memuat naik satu posting yang berunsur fitnah terhadap pelakon Rita Rudaini.

    Baru-baru ini, kita digemparkan dengan satu artikel yang mengatakan pengulas sukan Astro Arena, Akbar Sahari berbaik semula dengan bekas isterinya, Rita Rudaini.

    Artikel tersebut telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Akbar sendiri dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam. Dalam kenyataan tersebut, Akbar berkata artikel tersebut berunsur fitnah dan pihak terbabit tidak mendapatkan sebarang kenyataan daripadanya terlebih dahulu.

    Selain itu, Rita turut bengang dan memuat naik satu posting di laman Instagramnya (IG) yang meluahkan rasa marah serta meminta agar pihak tersebut memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam!

    “Saya bagi masa dalam 24 jam. Kalau tak mohon maaf secara terbuka kepada saya dan family, saya akan saman. Bukan susah nak cari siapa di sebalik blog ini. Saya tak suka cakap banyak dan tak suka maki hamun orang. Tapi saya wanita yang berani. Dalam masa 24 jam ya! MOHON MAAF SECARA TERBUKA DAN BERTULIS SEKALI KEPADA SAYA DAN FAMILY!“, tulis pelakon kelahiran Perlis itu.

    Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga bersama Akbar pada 1999 sebelum bercerai pada 2001. Kemudian, Rita berkahwin pula dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak pada 2008 dan berpisah pada 2013.

    Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna, 5. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Rita Rudaini Gertak Saman Blog Jika Tak Mohon Maaf "