• Ringgit Teruskan Momentum Meningkat

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum meningkat apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dipengaruhi faktor geopolitik dan laporan mengenai minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) AS.

    Pada jam 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2940/2970 berbanding dolar AS daripada 4.2950/2990 semalam.

    Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga, berkata ketegangan geopolitik yang berpunca daripada pelancaran peluru berpandu Korea Utara menggalakkan pelabur mengambil sikap lebih berhati-hati.

    "Kemunculan semula ketegangan geopolitik di Asia, perkembangan di Britain dan ketidakstabilan politik berterusan di Washington membuat keadaan perdagangan meliar pada suku ketiga 2017," katanya.

    Minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan semalam tidak memberikan pandangan baharu mengenai prospek bagi kadar faedah AS, walaupun kebanyakan pembuat dasar Rizab Persekutuan AS bersetuju dengan keperluan untuk menaikkan kadar faedah. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit Teruskan Momentum Meningkat "