• Ringgit Teruskan Aliran Pengukuhan

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang meningkat apabila pelabur menunggu kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen.

    Kenyataan Yellen itu adalah bagi mendapatkan petunjuk mengenai tempoh masa bank pusat AS akan mengetatkan dasar monetarinya, kata peniaga.

    Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2925/2955 berbanding dolar daripada penutup Isnin 4.2950/2980.

    Yellen dijangka membuat testimoni dwi tahunan di hadapan Kongres AS pada Rabu dan Khamis. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit Teruskan Aliran Pengukuhan "