• Remaja Lelaki Ditahan Miliki 50 Biji Pil Kuda

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+


    MACHANG - Polis memberkas seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bersama 50 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM1,500 di belakang sebuah rumah di Bandar Lama, Lorong Pak Chik Hin, di sini semalam.

    Remaja terbabit ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Machang kira-kira pukul 12.03 tengah hari.

    Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab. Ghani berkata, siasatan awal mendapati, suspek tidak bekerja dan beralamat di Kampung Dewan Kecil, Labok di sini.

    "Pemeriksan ke atas suspek telah menemui lima tiub straw yang berisi 10 biji pil kuda yang disorokkan dalam poket seluarnya.

    "Jumlah keseluruhan pil kuda yang dirampas daripada suspek ialah sebanyak 50 biji dan suspek dibawa ke pejabat narkotik untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

    Tambahnya, suspek turut didapati positif dadah jenis syabu dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja Lelaki Ditahan Miliki 50 Biji Pil Kuda "