• Remaja 15 Tahun Dakwa Dirogol Kenalan Wechat

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+
    KOTA KINABALU – Seorang remaja berusia 15 tahun mendakwa dirogol oleh sekumpulan lelaki yang dikenalinya melalui WeChat di rumah terbiar.

    Menurut mangsa, dia dirogol oleh lima suspek yang berumur antara 13 dan 18 tahun di sebuah rumah di Menggatal dekat sini pada pukul 3 petang, 14 Jun lalu.

    Mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada 26 Julai.

    Kesemua suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuart dan diremah sehingga 3 Ogos ini.

    Bagaimanapun, punca sebenar laporan dibuat selepas sebulan insiden terbabit berlaku tidak diketahui.

    Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, gadis tersebut mendakwa bahawa suspek mengajak mangsa berjalan ke rumah berkenaan dan akan menghantarnya pulang selepas itu,” katanya ketika dihubungi The Star.

    Ketika tiba di rumah terbiar itu, suspek dan mangsa berbual beberapa minit, kata Chandra.

    Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai kejadian atau latar belakang mangsa dan suspek yang terlibat. - SuaraTV

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja 15 Tahun Dakwa Dirogol Kenalan Wechat "