• Rabies: Kerajaan Negeri Bantu Jawatankuasa Bencana

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri akan memberi bantuan sepatutnya untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk mengekang penularan Rabies yang berlaku di Serian.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, jawatankuasa tersebut mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengekang penyebaran penyakit terbabit dan kerajaan negeri sedia membantu.

    "Sekarang terdapat inisiatif tertentu dicadangkan jawatankuasa ini dan kerajaan negeri akan memberi bantuan terutama untuk vaksinisasi haiwan dengan perbelanjaan kira-kira RM100,00)," katanya.

    Menurutnya, jawatankuasa yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas itu juga bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk menangani masalah terbabit.

    "Jawatankuasa ini menyelaras dengan Jabatan Kesihatan (negeri) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri...biar mereka berusaha menangani masalah ini.

    "Saya yakin mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan menjelaskan kepada kerajaan negeri apa yang patut dilakukan," ujarnya.

    Abang Johari berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat berikutan penularan Rabies.-Sarawakiana

  • No Comment to " Rabies: Kerajaan Negeri Bantu Jawatankuasa Bencana "