• Putera William Berhenti Kerja Tumpu Tugas Diraja

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+


    LONDON – Pewaris kedua takhta Britain, Putera William, akan menamatkan perkhidmatan sebagai juruterbang ambulans udara, sebaik sahaja tugasnya tamat, hari ini, bagi memberi tumpuan kepada tugas rasmi diraja secara sepenuh masa.

    Pada Januari lalu, William, 35, mengumumkan bahawa baginda akan meletakkan jawatan sebagai juruterbang Ambulans Udara East Anglia (EAAA) susulan keputusan Ratu Elizabeth, 90, mengurangkan peranannya dalam tugas rasmi atas faktor usia.

    Pejabat William berkata, putera itu dijadualkan bekerja bagi kali terakhir di lapangan terbang Cambridge di tengah England, sebelum bergambar dengan rakan sekerja.

    William berkhidmat sebagai anggota pasukan tentera Britain sejak 2006 hingga 2013, sebelum bertugas sebagai juruterbang helikopter mencari dan menyelamat.

    Susulan keputusan berhenti sebagai juruterbang ambulans udara, baginda dan isterinya, Kate serta dua anaknya, George dan Charlotte akan berpindah dari Amner Hall di timur England, ke Istana Kensington, iaitu kediaman rasmi pasangan itu di London. – Reuters/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Putera William Berhenti Kerja Tumpu Tugas Diraja "