• Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman Di Putrajaya

    Published: Sunday, 9 July 2017
    A- A+

    PEKAN: Kerajaan bersetuju menyediakan tanah seluas 16 hektar untuk membina bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya, kata Datuk Seri Najib Razak.

    Perdana Menteri berkata, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman akan melawat Malaysia untuk merasmikan tapak bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman itu.

    "Penasihat utama Raja Salman dan Putera Mahkota datang ke rumah saya malam tadi dan berbincang pelbagai perkara termasuk pusat keamanan ini.

    "Saya turut dimaklumkan mereka tetap memilih untuk mendirikan pusat berkenaan di Malaysia dan saya tawarkan sebidang tanah di Putrajaya.

    "Selain itu, kita juga membincangkan mengenai pembinaan Kompleks Tabung Haji di Makkah dan Madinah yang akan membantu kerajaan kawal kos menunaikan haji pada masa akan datang," katanya.

    Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini.

    Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Abu Bakar Harun, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA negeri. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman Di Putrajaya "