• PRU14 : Zahid Mahu Masir Kujat Kekal Pertahan Parlimen Sri Aman

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+
    Foto : Utusan Borneo
    Meskipun masih terlalu awal untuk mengumumkan senarai calon bagi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi bagaimanapun mahu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masit Kujat dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi parlimen Sri Aman.

    Memetik laporan The Borneo Post, Zahid berkata beliau akan mengusulkan perkara ini kepada pucuk kepimpinan tertinggi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing.

    "Saya sangat berpuas hati akan prestasi beliau sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri,"

    "Justeru saya akan mengesyorkan beliau kepada Presiden BN Sarawak dan Presiden PRS agar beliau akan dicalonkan semula sebagai calon BN untuk P202 Sri Aman," katanya.

    Zahid yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri menambah, beliau akan pastikan lebih banyak projek dibawa untuk rakyat di kawasan berkenaan sekiranya Masir boleh menang dengan majoriti lebih besar.

    Pada PRU yang lalu, Masir berjaya mempertahankan kerusi berkenaan selepas memperolehi 12,168 undi dengan 6,550 majoriti undi. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14 : Zahid Mahu Masir Kujat Kekal Pertahan Parlimen Sri Aman "