• PRU14 : William Nyalau Miliki Rekod Baik Di Lubok Antu

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa akan terus menyokong Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak sekiranya dipilih semula sebagai calon oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, Rayong yakin akan kesetian Nyalau terhadap BN dan menegaskan Ahli Parlimen Lubok Antu itu mempunyai rekod yang baik dalam memberi khidmat kepada rakyat di Lubok Antu.

    "Datuk Nyalau telah menjadi rakan sepasukan saya. Beliau juga banyak membantu saya dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan seperti membawa bekalan air dan elektrik dan jalan raya kepada semua kawasan di kawasan kami.

    "Oleh itu, terus menyokongnya (Nyalau) dalam pilihan raya parlimen yang akan datang," katanya.

    Sementara itu, Datuk Nyalau menyeru pengundi di kawasan Lubok Antu agar tidak mempercayai unsur-unsur negatif yang boleh menimbulkan perpecahan di kawasan berkenaan.

    "Terdapat khabar angin mengatakan bahawa saya tidak akan berdiri sebagai calon BN pada PRU14, tetapi BN tidak pernah mengatakan apa-apa kepada saya selagi belum ada 'hitam putih', jangan percaya khabar angin,"katanya.

    Selain itu, beliau turut memuji kerjasama daripada Dr Johnical sebagai sebuah pasukan BN.

    "Kami sentiasa melengkapi antara satu sama lain dalam membangunkan kawasan kami dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Kami telah bekerjasama rapat untuk melaksanakan hasrat BN membangunkan Engkilili untuk kesejahteraan rakyatnya, "tegasnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14 : William Nyalau Miliki Rekod Baik Di Lubok Antu "