• PRU14 : PRS Bakal Letak Calon Wanita dan Muka Baru

    Published: Friday, 7 July 2017
    A- A+

    Parti Rakyat Sarawak (PRS) bakal meletakkan dua muka baharu termasuk seorang calon wanita untuk pilihan raya umum akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, sumber terdekat PRS memberitahu Presiden parti, Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing serius mahu meletakkan sekurang-kurangnya dua wajah baru termasuk seorang wanita.

    Sumber tersebut turut mendedahkan dua nama baharu akan diletakkan di kerusi Parlimen Lubok Antu dan Parlimen Sri Aman.

    "Sekiranya perubahan dibuat, kawasan Lubok Antu, Sri Aman mungkin terjejas,"

    "Walaupun Masing sendiri telah mengumumkan bahawa Datuk Masir Kujat akan dipilih semula untuk mempertahankan Sri Aman, apa sahaja boleh berlaku pada saat-saat akhir,"
    katanya.

    Menurut sumber, yang tidak mahu disebutkan namanya, Ketua Pergerakan Wanita PRS Dato Sri Doris Sophia Brodie dan Ketua Penerangan PRS Andy Lawrence adalah pilihan Masing untuk Sri Aman dan Lubok Antu.

    Beliau berkata Doris mungkin akan diletakkan di Parlimen Sri Aman ataupun Lubok Antu yang kini disandang oleh Datuk William Nyallau Badak.

    Baru-baru ini, Masing mendedahkan bahawa akan ada perubahan dalam senarai calon PRS untuk Piliharaya Umum ke-14.

    Walaubagaimaapun, beliau enggan mendedahkan berapa ramai calon yang akan menjadi wajah baru dan siapa yang akan digugurkan daripada senarai.

    "Saya belum putuskan lagi, tetapi apa yang boleh saya beritahu akan ada perubahan dalam senarai kami," katanya Masing. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14 : PRS Bakal Letak Calon Wanita dan Muka Baru "