• PRU14: Nancy Shukri Serah Nasib Kepada Kepimpinan BN

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri masih belum mendapat sebarang bayangan sama ada dicalonkan semula atau tidak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Beliau berkata, keputusan adalah hak mutlak kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mencalonkan kembali penyandang ahli parlimen.

    "Saya menyerahkan kepada pemimpinan di atas. Keputusan calon bertanding hanya akan ditentukan kepimpinan BN," katanya.

    Ditanya mengenai khabar angin beliau akan ditukarkan ke kerusi parlimen lain, Nancy menjelaskan, beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut dan hanya khabar angin sahaja.

    Beliau bagaimanapun gembira dengan komitmen ditunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Naroden Majais, ADUN Sadong Jaya, Aidel Lariwoo dan ADUN Simunjan, Awla Dris.

    "Kerjasama erat bersama tiga ADUN ini merupakan bonus," ujarnya.

    Nancy berkata, perkhidmatan kepada rakyat tetap dilaksanakan setiap masa dan bukan hanya semasa pilihan raya sahaja.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Nancy mengalahkan Mohamad Jolhi dari PAS denga majoriti 11,260 undi.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Nancy Shukri Serah Nasib Kepada Kepimpinan BN "