• PRU14 : Calonkan Lebih Ramai Wanita - Nancy Shukri

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) menamakan calon wanita bagi mewakili parti masing-masing pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Nancy berkata, peluang juga harus diberi kepada wanita untuk sebagai calon pilihan raya.

    "Saya rasa sudah tiba masanya meletakkan lebih banyak calon wanita. Dalam banyak kerusi di kawasan luar bandar, majoriti penduduk kawasan adalah wanita. Oleh itu, mungkin ia dapat meningkatkan semangat di kalangan pengundi wanita.

    "Saya harap pemimpin parti komponen BN lain memberi peluang kepada wanita dalam parti mereka," katanya

    Nancy yang juga merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, pergerakan sayap wanita BN negeri pernah membincangkan perkara tersebut tetapi mereka tidak memaksa mana-mana parti komponen BN untuk melakukanya kerana ia bergantung kepada perlembagaan parti.

    "Jika pemimpin berpendapat bahawa wanita boleh berada di kerusi Parlimen, mengapa tidak?

    "Saya perlu bercakap bagi pihak wanita. Saya merasakan adil untuk memberi wanita lebih banyak kerusi memandangkan keupayaan wanita dalam politik hampir sama dengan lelaki," ujarnya.

    Tambah Nancy lagi, kepimpinan tertinggi parti komponen BN harus meletakkan kepercayaan mereka terhadap calon wanita.

    "Saya percaya wanita boleh melakukan yang terbaik kerana sebahagian sifat wanita yang lebih lemah lembut boleh memenangi lebih banyak hati pengundi."

    Pada PRU13 yang lalu, BN Sarawak telah meletakkan empat calon wanita dimana kesemuanya daripada PBB iaitu Nancy, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Batang Lupar), Datuk Norah Abdul Rahman (Tanjung Manis) dan Rubiah Wang (Kota Samarahan) dan mereka telah memenangi kawasan Parlimen masing-masing. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14 : Calonkan Lebih Ramai Wanita - Nancy Shukri "