• PRU14 : Abang Jo Beri Bayangan Tidak Guna Calon Langsung

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa beliau tidak akan menggunakan konsep calon langsung bagi calon Barisan Nasional (BN)  pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Jo menegaskan beliau mempunyai strategi tersendiri dalam menentukan calon BN yang paling layak.

    "Saya mempunyai strategi saya sendiri untuk menentukannya (calon-calon yang akan mewakili BN) pada PRU ke-14 ini kelak. Apabila tiba masanya, saya akan putuskannya," ujar beliau

    Pada Pilihanraya Negeri (PRN) yang lalu, konsep meletakkan calon langsung telah diperkenalkan oleh Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bagi menyelesai isu pertelingkahan dalaman yang melibatkan Sarawak United People’s Party (SUPP), United People Party (UPP), Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS)

    Walaubagaimanapun, tanpa mengunakan formula calon langsung, Abang Jo yakin BN negeri dapat mempertahankan kerusi yang akan dipertandingkan. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14 : Abang Jo Beri Bayangan Tidak Guna Calon Langsung "