• Proses Vaksin Berskala Besar Sabtu Ini

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+


    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan mengadakan proses vaksin berskala besar 29 Julai ini (Sabtu) bertempat di Padang Bola Keranjang Jalan Arang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBN berkata, proses vaksin tersebut hanya akan diberikan kepada haiwan peliharaan.

    "Penduduk yang tinggal dalam radius 10 kilometer dari Pasar Basah Sungai Maong dijemput datang untuk mendapatkan vaksin anti-rabies pada esok hari bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang," katanya.

    Sementara itu, Uggah menjelaskan, sebanyak 56 kes terbaru gigitan anjing yang dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Sarawak semalam terdiri daripada 38 kes di Kuching, 14 di Serian dan dua di Sri Aman serta Samarahan.

    "Sebanyak 42 kes terbaru telah diberikan vaksin anri-rabies. Hingga semalam, sejumlah 624 orang telah diberi vaksin,"katanya.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak turut menasihati orang ramai yang telah digigit anjing yang disyaki berpenyakit, segera gunakan sabun atau detergen sebelum membasuhnya dengan air yang mengalir atau mencuci luka dengan etanol atau iodin sebelum mendapatkan rawatan lanjut di klinik mahupun hospital. - Sarawakiana
  • No Comment to " Proses Vaksin Berskala Besar Sabtu Ini "