• PPM Wilayah 5 Rampas Kapal Bawa Diesel Haram

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+


    SIBU: Pasukan Polis Marin(PPM) Wilayah 5 berjaya merampas sebuah kapal yang membawa sebanyak 300, 000 liter diesel yang bernilai RM552,000 di Sungai Rajang dekat sini kelmarin.

    Memetik kenyataan Komander Polis Marin Sarawak (Wilayah 5) ACP Salehuddin Mat Zaman dari laporan akhbar Utusan Borneo Online, beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 44 tahun untuk membantu siasatan ekoran lesen kapal terbabit telah tamat tempoh pada 29 Jun lalu.

    Salehuddin turut berkata ia telah melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa diesel secara tidak sah.

    “Operasi yang dilakukan hasil intipan dan maklumat risikan keatas pergerakan suspek di Sungai Rajang diketuai oleh ASP Syahruddin Ramli bersama lima anggota pada 10.30 pagi itu turut merampas sebuah kapal bernilai RM1.2 juta dan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " PPM Wilayah 5 Rampas Kapal Bawa Diesel Haram "