• PPIM Jadi Hero Bela Pemilik Kereta Ditindas

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    Jika bukan kerana kelantangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mungkin lebih ramai lagi pemilik kereta yang menjadi mangsa penipuan oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan.

    Namun segala-galanya berubah hasil usaha keras dan kesungguhan aktivis PPM berani bertindak di luar jangkaan menyerbu syarikat terbabit yang terletak di Jalan Sungai Sekamat, Kajang, Selangor pada Isnin lalu.

    Syarikat berkenaan didakwa telah berjaya menipu kira-kira 500 individu yang menjadi pelanggan mereka, dengan kenderaan yang ‘dipegang’ oleh syarikat tersebut dikatakan berjumlah sekitar 1,500 buah.

    Operasi yang diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi bersama-sama dengan 10 anggota dan 30 mangsa memulakan operasi seawal jam 9 pagi.

    Video tindakan mereka malah turut menjadi tular dalam laman sosial sehingga mendapat tontonan melebihi 100,000 kali daripada pengguna media sosial.-mynewshub

    Subjects:

  • No Comment to " PPIM Jadi Hero Bela Pemilik Kereta Ditindas "