• PKR Sarawak Cadang Undang-undang Anti Buli

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan undang-undang antibuli perlu diwujudkan bagi menangani kes buli yang semakin membimbangkan di negara ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat Voon Shiak Ni berkata undang-undang tersebut akan memberi kesan yang positif dalam mengurangkan insiden buli terutamanya di peringkat sekolah.

    "Ia jelas apabila statistik menunjukkan peningkatan kes buli dari 2015 hingga 2016, daripada 0.06 peratus kepada 0.11 peratus,"

    Voon juga mencadangkan semua pihak berkepentingan yang bertanggungjawab menangani isu terbabit bersama-sama memberi pendapat dan maklum sebagai garis panduan bagi merangka undang-undang tersebut dengan berkesan.

    “Kita tidak boleh menunggu lebih banyak lagi kes kematian akibat buli berlaku dan kami berharap semua pihak berkaitan tampil bersama-sama bagi menyokong undang-undang antibuli ini,” katanya.

    Beliau turut menyeru pengamal undang-undang khususnya di Malaysia bersama-sama merangka undang-undang berkenaan sebagai hukuman ke atas semua jenis kesalahan buli, sama ada di sekolah mahupun luar sekolah termasuk buli siber

    Difahamkan, pada Persidangan Parlimen yang akan datang, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo dijangka mengemukakan soalan berhubung perkara tersebut. - Sarawakiana
  • No Comment to " PKR Sarawak Cadang Undang-undang Anti Buli "