• PKR Berminat Sertai Misi Ke London

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    PKR Sarawak ternyata berminat untuk menyertai misi pasukan perundangan yang akan ke London untuk mengkaji hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Memetik laporan The Borneo Post, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Stampin Jeffery Mok turut menggesa kerajaan negeri membawa wakil dari parti pembangkang untuk mengikuti misi tersebut.

    Beliau juga turut mengesyorkan nama Ketua Penerangan PKR Sarawak See Chee How agar dapat memberikan bantuan untuk menyokong misi kerajaan negeri itu ke London.

    "Memandangkan misi ini adalah untuk memerangi hak dan kepentingan Sarawak, kerajaan negeri perlu melangkaui fahaman politik. See Chee How adalah seorang peguam malah beliau juga telah mengkaji perkara tersebut dan pasti beliau dapat memberi bantuan sokongan kepada pasukan perundangan.

    "Ini juga akan menjadi satu langkah positif sekiranya kerajaan negeri memberi peluang kepada wakil rakyat pembangkang dalam misi meingkatkan keyakinan dan kepercayaan orang awam," kata Mok.

    Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan pasukan undang-undang diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali akan ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berkaitan hak Sarawak di bawah MA63.

    Tambah Mok lagi, mereka dari pembangkang turut berharap misi kali ini akan dapat menyelesaikan semua isu berkaitan hak-hak Sarawak.

    "Kita tidak boleh menunggu 50 tahun lagi untuk membahaskan isu ini. Kita perlu bersuara dan segera bertindak,". - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PKR Berminat Sertai Misi Ke London "