• PJP Sarawak Ikrar Tumpu Kurang Indeks Jenayah

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+


    KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu Datuk Amer Awal yang menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang menjadi Ketua Polis Selangor sejak 7 Julai lalu berikrar akan memfokus dalam mengurangkan kadar indeks jenayah di Sarawak.

    Amer, 59 sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am) Bukit Aman berkata, tumpuan utama adalah menurunkan kadar jenayah di negeri ini amnya dan melipatgandakan lagi aktiviti pencegahan jenayah dan menentukan kes-kes yang dibawa ke mahkamah berhasil dengan pertuduhan ke atas pelaku-pelaku jenayah.

    “Selain itu, saya akan memberi tumpuan keatas kes menarik perhatian sepertimana kes buli disekolah dan jika tidak dibendung awal akan membawa kecederaan parah dan kematian kepada mangsa apatah lagi pelaku masih muda remaja.

    “Kita (polis) akan beri tumpuan kepada pihak sekolah amnya bagi mengekang jenayah buli ini.”katanya.

    Amer turut menambah bahawa beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selari dengan hasrat pucuk pimpinan sepertimana tema polis masyarakat berpisah tiada.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui para pemberita dalam sidang media selepas majlis serah terima tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak dan Pengerusi Perkep Kontinjen Sarawak di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Jalan badruddin dekat sini hari ini.-Sarawakiana
  • No Comment to " PJP Sarawak Ikrar Tumpu Kurang Indeks Jenayah "