• Pistol dijumpai di dalam tong gas

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+


    SEREMBAN - Sepucuk pistol dijumpai di dalam sebuah tong gas di sebuah syarikat pembekal minyak dan gas di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pistol itu bersama beberapa butir peluru dijumpai oleh pekerja syarikat pembekal minyak dan gas terbabit pada kira-kira pukul 4 petang.

    "Ekoran itu, kita sedang menyiasat dari pelbagai aspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

    Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Pistol dijumpai di dalam tong gas "