• Pipi Murid Bengkak, Guru Tekap Pengasah Pensel ‘Panas’

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    Port Dickson : Pipi seorang murid bengkak dan luka selepas ditekap dengan pengasah pensel ‘panas’ oleh gurunya.

    Guru matematik itu didakwa menggosok alat itu beberapa kali di lantai sebelum meletakkan pada pipi kanan mangsa pada 11 pagi kelmarin.

    Tindakan itu didakwa dibuat ekoran murid lapan tahun tersebut dikatakan bermain dengan rakannya di dalam kelas ketika guru itu mengajar, lapor Sinar Harian.

    “Kenapa guru itu bertindak sedemikian sehingga mencederakan wajah anak saya?” kata bapa murid itu.

    Beliau, 32, berkata laporan polis sudah dibuat dan bercadang mengambil tindakan undang-undang jika guru itu tidak menemuinya.

    Mangsa dirawat di Hospital Port Dickson.

    Akhbar itu difahamkan, guru itu sudah memohon maaf melalui guru kelas mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp kepada ibu murid itu. - malaymail

    Subjects:

  • No Comment to " Pipi Murid Bengkak, Guru Tekap Pengasah Pensel ‘Panas’ "