• Pertahan Tanah Persendirian Berdekatan Jalan

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Open menasihati rakyat yang memiliki tanah berdekatan jalan agar tidak menjual tanah mereka sebaliknya diusahakan menjadi modal untuk menjana pendapatan.

    "Sebaik-baiknya diusahakan dengan pelbagai produk pertanian dan ternakan bagi membolehkan mereka mendapat keuntungan seterusnya mengangkat taraf sosioekonomi mereka dan keluarga.

    “Ini kerana pada masa sekarang, produk pertanian dan ternakan mendapat tempat di pasaran tempatan dan luar negara,” ujarnya

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari berkata, tanah-tanah yang berdekatan jalan sama ada jalan utama, sub-jalan atau jalan kampung seharusnya diusahakan secara konsisten.

    "Tanah-tanah berdekatan jalan harus diusahakan secara konsisten kerana amat mudah mengendalikannya sebab memiliki akses jalan sempurna dan memudahkan memasarkan tanaman mereka,” katanya.

    Abang Johari turut menasihati pemilik tanah agar mengusahakan tanah mereka secara perlahan-perlahan kerana sekiranya jalan raya dibina berdekatan tanah mereka, ia memberi kemudahan kepada mereka memasarkan pelbagai produk tani yang dihasilkan di tanah masing-masing

    Tambah Abang Johari lagi, nilai tanah amat berharga pada masa kini dan pemilik tanah seharusnya berfikir dengan baik sebelum menjual atau menggadaikan tanah mereka itu kepada orang lain.

    "Tindakan menjual tanah persendirian bukan tindakan bijak," ujarnya - Sarawakiana
  • No Comment to " Pertahan Tanah Persendirian Berdekatan Jalan "