• Perancis Guna Senjata Nuklear Elak Diserang

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+


    PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menghabiskan masa beberapa jam di dalam kapal selam di Lautan Atlantik sebagai tanda komitmennya terhadap penggunaan senjata nuklear bagi menjamin kedaulatan negara ini.

    Beliau diterbangkan menggunakan helikopter ke kapal selam Le Terrible yang terletak kira-kira 300 kilometer dari daratan.

    Ketika lawatannya semalam, beliau juga menyaksikan simulasi pelancaran peluru berpandu di pangkalan Ile Longue berhampiran Brest.

    Macron menegaskan kepentingan senjata nuklear sebagai ‘kunci kepada keamanan’ dalam mengelak diri daripada diserang.

    Perancis merupakan satu-satunya negara di Kesatuan Eropah (EU) yang masih memiliki senjata nuklear selepas tahun 2019 apabila United Kingdom menarik diri daripada menjadi ahli komuniti yang dianggotai 28 buah negara.

    Sementara itu, kerajaan pimpinan Macron telah berjaya melepasi cabaran pertama selepas 370 daripada 577 ahli Parlimen yang menganggotai Dewan Kebangsaan mengundi menyokongnya berbanding 67 membantah, manakala 129 lagi berkecuali.– REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Perancis Guna Senjata Nuklear Elak Diserang "