• Penubuhan Kementerian Pendidikan Adalah Tepat - Abang Johari

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+


    Penubuhan kementerian pendididikan di negeri ini telah menjadikan Sarawak lebih kuat memperkasakan sistem pendidikan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari menegaskan beliau tidak mahu negeri ini tertinggal dalam banyak perkara terutama pendidikan.

    “Kita tidak dapat tunggu peruntukan lama-lama daripada kerajaan pusat, kita buat dahulu dengan duit kita dan Kuala Lumpur akan bayar kemudian,” katanya

    Menurutnya, kewangan yang sedia ada adalah kos bagi membaiki serta menyelenggara sekolah dan keperluan berkaitan pendidikan yang masih ketinggalan terutama di kawasan pedalaman negeri ini.

    Sementara itu, mengenai pendirian Sarawak mementingkan Bahasa Inggeris di negeri ini, Abang Johari berkata ia adalah satu tindakan yang wajar.

    Beliau turut menjelaskan bahasa Inggeris adalah salah satu daripada bahasa teknologi yang diperlukan untuk memajukan diri.

    “Semua teknologi baharu dipelajari dalam bahasa Inggeris dan kita perlu belajar ini untuk maju,” tambahnya.- Sarawakiana
  • No Comment to " Penubuhan Kementerian Pendidikan Adalah Tepat - Abang Johari "