• Pengurus Rumah Urut Di Sibu Disyaki Perdagang Wanita Ditahan

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+
    Gambar Hiasan
    SIBU: Polis Sibu menahan seorang pengurus rumah urut di Jalan Ramin di sini kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang melibatkan empat wanita warganegara Filipina.

    Penahanan lelaki berusia 46 tahun itu dibuat selepas seorang pegawai Kedutaan Filipina yang sedang menjalankan program membantu tenaga kerja dari negara itu di sini, membuat laporan polis ekoran aduan daripada keempat-empat wanita itu pada 11 pagi semalam.

    "Hasil temu bual awal, keempat-empat mangsa yang berusia antara 25 dan 33 tahun dikatakan diminta oleh majikan mereka untuk memberi layanan istimewa berupa khidmat seks kepada pelanggan sedangkan tawaran asal kerja adalah sebagai tukang urut," kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah.

    Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak pernah dipukul oleh majikan mereka itu, bagaimanapun mereka dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

    Lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Permerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan direman sehingga 1 Ogos bermula hari ini.-BERNAMA
  • No Comment to " Pengurus Rumah Urut Di Sibu Disyaki Perdagang Wanita Ditahan "