• Penggangur Direman Jolok Kemaluan Anak Saudara Di Kota Samarahan

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+
    foto ihsan polis
    KOTA SAMARAHAN: Seorang penggangur direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki mencabul anak saudaranya yang berusia lima tahun di Kampung Tambirat, Asajaya dekat sini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, suspek yang berusia 22 tahun itu didakwa mencabul anak saudaranya dengan mencium mangsa sebelum memasukkan jari ke dalam kemaluan.

    “Suspek yang merupakan bapa saudara mangsa ditahan selepas satu laporan polis dibuat oleh bapa mangsa mendakwa anaknya telah dicabul suspek,” katanya.

    Suspek kini ditahan reman sehingga 8 Ogos dan kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) dan (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penggangur Direman Jolok Kemaluan Anak Saudara Di Kota Samarahan "