• Pengedar Dadah Rempuh Polis Hingga Cedera

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    Anggota polis cedera selepas terjatuh akibat dirempuh dua pengedar dadah menaiki motosikal di persimpangan lampu isyarat bandar baru Kuala Rompin, Rompin, tengah malam tadi.

    Dalam kejadian 12.06 tengah malam itu, anggota berusia 35 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin itu luka di belakang badan dan kaki.

    Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata, suspek bertindak sedemikian selepas menyedari kehadiran anggota itu yang cuba menahannya.

    "Namun, kedua-dua suspek itu gagal melarikan diri apabila diberkas anggota lain,", katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Beliau berkata, polis menemui bungkusan plastik yang mengandungi serbuk keputihan disyaki dadah jenis heroin seberat 31.60 gram bernilai RM1,000.

    Katanya, kedua-dua pengedar itu ditahan reman selama dua minggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pengedar Dadah Rempuh Polis Hingga Cedera "