• Penerbangan pertama jemaah haji Sabah

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+


    SERAMAI 160 jemaah haji dari Sabah berlepas ke Jeddah kira- kira 1.30 pagi ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu.

    Penerbangan menggunakan pesawat MAS MH 8008 itu adalah penerbangan pertama bagi jemaah haji di negeri ini dan ada lima lagi penerbangan akan menyusul bagi jemaah haji yang akan berlepas ke Madinah.

    Penerbangan balik jemaah haji pertama dijadualkan pada 11 September manakala penerbangan kedua akan tiba di tanah air pada 12 September.

    Secara keseluruhannya seramai 1,300 jemaah haji negeri ini yang membabitkan enam penerbangan yang mana semuanya akan tiba di Madinah dan tidak ada penerbangan ke Makkah pada tahun ini.

    Keberangkatan jemaah itu turut diraikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.-HMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Penerbangan pertama jemaah haji Sabah "