• Penduduk Luar Kawasan ‘Rabies’ Juga Diminta Berhati-hati

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Penduduk yang tinggal diluar kawasan wabak Rabies juga diminta berhati-hati dan dinasihatkan mendapatkan segera rawatan di klinik atau hospital berdekatan jika digigit anjing atau kucing

    Individu yang telah digigit anjing atau kucing harus segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan walaupun tinggal di luar kawasan jangkitan rabies, lapor Utusan Borneo

    Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, langkah tersebut merupakan nasihat daripada doktor berikutan wabak rabies di bahagian Serian yang telah meragut tiga nyawa setakat ini.

    “Sebagai pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sarawak, saya sekarang sibuk dengan anjing dan kucing kerana di Serian telah berlaku penyakit anjing gila dan telah meragut tiga nyawa dan satu lagi masih menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

    “Jadi nasihat saya, ini adalah daripada doktor, walaupun kita berdoa ia tidak merebak ke kawasan lain termasuk Betong, jika ada anak atau cucu kita digigit anjing atau kucing, pertama pastikan luka gigitan dibersih segera dan sebersih mungkin kemudian terus membawa mangsa mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan,” ujarnya dipetik Utusan Borneo

    Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sarawak berkata, setakat ini lebih 20 anjing dan kucing di kawasan diisytihar kawasan rabies dijangkiti virus berkenaan dan kesemua tempat itu berdekatan dengan sempadan negara jiran. - Sarawakiana

  • No Comment to " Penduduk Luar Kawasan ‘Rabies’ Juga Diminta Berhati-hati "