• Penduduk Debak Kecewa Kekurangan Minyak Masak 1Kg

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    DEBAK: Penduduk Debak melahirkan rasa kecewa dengan kekurangan minyak masak paket 1 kilogram.

    Kebanyakan penduduk mendakwa masalah tersebut masih berterusan dan masih tidak mencukupi untuk keperluan semasa.

    Seorang penduduk dikenali sebagai Zulhilmi berkata, bekalan minyak masak tersebut amat sukar diperolehi.

    “Ramai di kalangan penduduk berpendapatan rendah merungut disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan tersebut.

    “Untuk membeli minyak yang dijual dalam botol, ianya agak mahal dan membebankan. 

    "Adalah tidak berbaloi untuk kami memandu hingga ke Sri Aman atau Sarikei bagi mendapatkan bekalan di sana kerana ia tetap tiada jaminan," katanya.

    Mahrip yang bekerja di Sri Aman pula menjelaskan, bekalan minyak masak 1 kilogram berkemungkinan dihantar seminggu sekali menyebabkan ia sukar diperolehi.

    “Kami sering bercanggah pendapat dengan peruncit akibat kekurangan bekalan minyak masak,” ujarnya.

    Tambah beliau, rungutan demi rungutan disuarakan namun keadaan masih tidak berubah.

    “Saya mencadangkan agar pihak KPDNKK turun padang dengan lebih kerap agar masalah ini dapat ditangani segera kerana pembelian minyak masak dalam botol adalah mahal bahkan amat membebankan sesetengah pihak,” tegasnya.

    Pada 26 Oktober lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50, bagaimanapun minyak masak di dalam botol akan dijual mengikut harga pasara - Sarawakiana


  • No Comment to " Penduduk Debak Kecewa Kekurangan Minyak Masak 1Kg "