• Pendapatan Barcelona RM3.4b

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    BARCELONA: Kelab Barcelona mengumumkan rekod pendapatan sebanyak 708 juta euro (RM3.4 bilion) untuk musim 2016/2017 dengan keuntungan selepas cukai sebanyak 18 juta euro (RM88.5 juta).

    Kelab gergasi Sepanyol itu berkata pendapatan meningkat sebanyak 13 juta euro (RM64 juta) daripada jangkaan awal mereka untuk tempoh berkenaan.

    Kenyataan yang dikeluarkan selepas mendapat kelulusan ahli lembaga kelab, berkata kelab berjaya mengurangkan hutangnya sebanyak 24.5 juta euro (RM120 juta) kepada 247 juta euro (RM1.2 bilion).

    "Gaji Lionel Messi, Luis Suarez, Neymar dan pemain lain adalah sebanyak 66 peratus daripada perbelanjaan kelab," ​​kata kenyataan itu.

    Barcelona berkata, kedudukan kewangan mereka ketika ini dilandasan tepat bagi merealisasikan rancangan strategik kelab untuk meraih pendapatan lebih 1 bilion euro menjelang 2021.

    Skuad The Catalan menduduki tempat keempat pasukan sukan paling berharga di dunia selepas NFL Dallas Cowboys, New York Yankees Baseball Major League Baseball dan Manchester United oleh majalah Forbes. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pendapatan Barcelona RM3.4b "