• Pendaki Melecur Balang Gas Meletup

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    DUNGUN: Seorang pendaki dilaporkan melecur teruk apabila gas dalam tin yang dibawa meletup ketika berkhemah di puncak Gunung Lasir Chemerung, Hulu Dungun, petang tadi.

    Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa yang berusia 40 tahun sedang berehat di dalam khemah.

    Balang gas dikatakan meletup hingga mencederakan tubuh mangsa serta menyebabkan khemahnya terbakar.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Jaswari Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

    Katanya, pihaknya yang menerima laporan menghantar lima anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian, kira-kira jam 7 petang.

    "Mangsa dikatakan bersama 34 rakan yang lain menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan puncak gunung terbabit.

    "Anggota kami terpaksa melakukan pendakian dan mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke puncak," katanya.

    Jaswari berkata, sehingga jam 11 malam ini, usaha membawa turun mangsa dari puncak gunung terbabit masih dijalankan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pendaki Melecur Balang Gas Meletup "